Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis makan malam bengkel teknikal AKCF ke-4

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Majlis makan malam bengkel teknikal AKCF ke-4.JPG

SETIAUSAHA Tetap di Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak hadir selaku tetamu kehormat.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Disember. – Bengkel Teknikal ASEAN-Korea Cooperation Fund (AKCF) Ke-4 anjuran Jawatankuasa Penyelarasan Program Geosains di Asia Timur dan Asia Tenggara (CCOP) diadakan selama tiga hari di Bandar Seri Begawan. Bengkel tersebut merupakan kesinambungan bagi bengkel-bengkel yang telahpun diadakan sejak Julai 2024 bagi Projek Pengurusan Mineral Kritikal dan Strategi Untuk Alam Sekitar Mampan di ASEAN.

Sehubungan itu, satu majlis makan malam telah diadakan bagi mengalu-alukan kehadiran peserta ke negara ini bertempat di The Emperors Court, Berakas. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

4_Majlis makan malam bengkel teknikal AKCF ke-4.JPG

TETAMU kehormat beramah mesra bersama para peserta bengkel.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Peliharakan Sultan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh tetamu kehormat majlis dan Pengarah Sekretariat Teknikal Jawatankuasa Penyelarasan Program Geosains di Asia Timur dan Asia Tenggara (CCOPTS), Tuan Yongzhen Ma.

2_Majlis makan malam bengkel teknikal AKCF ke-4.JPG

UCAPAN alu-aluan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan.

3_Majlis makan malam bengkel teknikal AKCF ke-4.JPG

UCAPAN daripada Pengarah Sekretariat Teknikal Jawatankuasa Penyelarasan Program Geosains di Asia Timur dan Asia Tenggara (CCOPTS), Tuan Yongzhen Ma.

Majlis juga diserikan dengan persembahan beberapa lagu menggunakan alat muzik tradisional gulingtangan, yang menonjolkan keindahan dan keunikan warisan budaya Brunei.

5_Majlis makan malam bengkel teknikal AKCF ke-4.JPG

PERSEMBAHAN nyanyian dan muzik tradisional Brunei.

Turut hadir ialah para peserta dari semua negara anggota ASEAN, Republik Korea, ASEAN Sekretariat, Korea Institute of Geoscience and Mineral Resources (KIGAM), dan Coordinating Committee for Geoscience Programmes in East and Southeast Asia (CCOP).

Attachments